Tuesday, May 29, 2012

Athirah & Kem Tahsin Al-Barakah 2

Pantai Merdeka

"Athirah seronok kat sini. Takde masalah apa-apa. 'Happy' je dengan kawan-kawan. Jangan risau...insyaallah, semoga semua dipermudahkanNYA", balas Ustazah Zainab bersungguh-sungguh (ikhlas) kepada isteriku. Alhamdulillah... Terima kasih ustazah.

Monday, May 28, 2012

Athirah & Kem Tahsin Al-Barakah

My 'little' Girl

"Ayah, gambar keluarga dah dimasukkan di dalam beg ke? Nanti kalau Athirah rindu, boleh tengok gambar tu" tanya Athirah mengingatiku."Sudah sayang, balasku lembut. Semuanya ada di dalam beg. Ayah, ibu dan adik2 harap agar Athirah dapat belajar sesuatu yang baik semasa berada di sini ya. Kami doakan yang terbaik untuk Athirah". Athirah tersenyum penuh makna sambil menunjukkan tanda bagus. Alhamdulillah, segalanya tampak berjalan mengikut perancangan yang telah dibuat. Kami "melepaskan" Athirah dengan iringan doa yang bertalu agar di lindungi dan diberkati Allah sentiasa. Selamat berjuang sayang...